ARTIKEL

Warga Emas 74 Tahun Hilang Lebih Seminggu, Polis Mohon Bantuan Orang Ramai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seorang warga emas lelaki berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang sejak 9 Sept di Kuala Pertang, Kuala Krai masih belum ditemukan, dengan polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata mangsa Fauzi Deris, dilihat kali terakhir pada 7 malam di kawasan ladang Kuala Pertang dengan memakai baju berwarna hijau dan seluar kelabu gelap.

“Fauzi mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berkulit gelap dan mempunyai masalah ingatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan mangsa, diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan menerusi talian 09-7450999 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai menerusi talian 09-9666222. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira