ARTIKEL

Mai Umpung yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu.

Warga emas 82 tahun dilaporkan hilang di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah meminta bantuan dan kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang warga emas perempuan berusia 82 tahun yang dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, warga emas berkenaan dilaporkan hilang sejak 29 Disember 2025.

“Orang hilang (OH) tersebut dikenali sebagai Mai Umpung, beralamat di Rumah Kunsun, Sungai Pelugau, Balingian.

“Pada hari kejadian, ahli keluarga menyedari kehilangan itu pada jam 4.30 petang selepas mendapati mangsa tiada di rumah.

“Pakaian yang dipakai ialah baju kemeja merah jambu dan berkain batik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Rizal, usaha mencari di sekitar kawasan Sungai Pelugau serta rumah saudara-mara telah dijalankan, namun mangsa masih belum ditemui sehingga kini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan atau penemuan warga emas ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Suhardi Mahrup di talian 014-6877447 atau mana-mana balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU