ARTIKEL

Warga emas cedera kemalangan di lampu isyarat Lapangan Terbang Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang warga emas mengalami kecederaan di kepala selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara di persimpangan lampu isyarat Lapangan Terbang Bintulu, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 8.12 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota penyelamat mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda  dan sebuah kereta sedan,” katanya.

Beliau berkata, selain pemandu berusia 60 tahun itu, turut berada di dalam kereta berkenaan ialah seorang penumpang berusia 61 tahun.

Penumpang kereta mahupun pemandu kenderaan pacuan empat roda  berusia 30 tahun itu tidak mengalami kecederaan fizikal dalam kemalangan itu.

Anggota Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba memberikan pertolongan cemas kepada pemandu yang cedera di tempat kejadian.

Beliau kemudian dibawa oleh ambulans ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

Keadaan bahagian depan kedua- dua kenderaan yang remuk akibat kemalangan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU