ARTIKEL

Program Mylesen B2 (MADANI), lesen memandu
Ali Undang

Warga emas dan pelajar antara yang berjaya dapat lesen B2

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang tukang kayu terharu apabila hasratnya untuk memiliki lesen motosikal akhirnya menjadi kenyataan.

Beliau tersenarai antara 199 calon yang berjaya mendapat lesen B2 di bawah Program Mylesen B2 (MADANI).

Ronny Ilap Gu, 16.

Ali Undang, 63, ketika ditemui media, menzahirkan rasa syukur mendapat lesen itu selepas dua tahun menanti kerana kekangan masa serta kesibukan rutin hariannya.

Katanya, memiliki lesen memandu mungkin perkara biasa bagi sesetengah pihak.

Namun, dia tetap beranggapan ia sesuatu yang amat berharga.

“Saya memang dah lama merancang nak ambil lesen motosikal memandangkan saya menggunakannya setiap hari untuk mencari rezeki.

“Tapi itulah, dua tahun akhirnya impian itu jadi kenyataan,” katanya.

Dalam pada itu, calon termuda, Ronny Ilap Gu, 16, turut berkongsi kegembiraan yang sama.

“Apabila dapat tahu program ini, saya bergegas pergi daftar.

“Tak sangka lulus. Lepas ni, saya boleh manfaatkannya dengan sebaik-baiknya, terutama untuk ke sekolah.

“Terima kasih JPJ dan tenaga pengajar yang banyak berkongsi ilmu,” katanya.

Program MyLesen B2 (MADANI) dan Randau Digitalisasi JPJ Bahagian Sarikei merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang menawarkan bantuan untuk memperoleh lesen motosikal kelas B2 kepada golongan B40.

Program bertujuan mendekati rakyat di peringkat akar umbi serta untuk membantu golongan B40 atau golongan berpendapatan Rendah mendapatkan lesen motosikal agar dapat membuka ruang dan peluang meningkatkan sosioekonomi.

Dalam pada itu, seramai 199 calon dari daerah Sarikei berjaya memperoleh lesen masing-masing dalam program berkenaan.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan