SIBURAN: Seorang lelaki warga emas cedera akibat dihempap pokok pisang di Batu 20, Jalan Kuching-Serian, di sini, semalam.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 8.10 malam lalu mengerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi mendapati mangsa berumur lebih kurang 60 tahun terbaring di bahu jalan kebun.
“Mangsa mengadu sakit di bahagian tengkuk dan kaki akibat dihempap pokok pisang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
PGO Bomba Sarawak berkata, pasukan bomba membantu mengangkat mangsa menggunakan pengusung untuk dibawa ke bahu jalan sementara menunggu petugas perubatan untuk dibawa ke hospital.


