ARTIKEL

Mangsa dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut. | APM Sarikei.

Warga emas hampir putus kaki dalam tragedi jalan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang warga emas cedera parah selepas motosikal yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Skim B di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt. (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 12:17 tengah hari sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi berkenaan.

Setibanya di lokasi, pasukannya mendapati mangsa, seorang lelaki warga emas, mengalami cedera parah dan hampir terputus kaki kanan.

“Mangsa juga mengalami luka terbuka di bahagian tangan kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai tindakan susulan, lelaki itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sarikei dengan menggunakan kenderaan APM untuk rawatan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU