ARTIKEL

Warga emas rugi RM317,000 terperdaya sindiket “rawatan tradisional”

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang suri rumah warga emas kerugian RM317,000, selepas dipercayai terperdaya sindiket penipuan menggunakan modus operandi rawatan tradisional dan upacara membuang nasib malang, di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata wanita tempatan berusia lingkungan 70-an itu, membuat laporan polis semalam berhubung kejadian pada 19 Julai lepas di kawasan Pasar Sibu.

Beliau berkata mangsa pada mulanya didatangi seorang wanita tidak dikenali, dipercayai warga China berdasarkan loghat percakapannya, yang bertanyakan lokasi kedai ubat tradisional Cina kononnya untuk mendapatkan ubat bagi ibu mertuanya.

“Tidak lama kemudian, seorang lagi wanita dengan loghat percakapan sama menghampiri mangsa dan menawarkan untuk membawa mereka ke sebuah kedai, yang didakwa milik saudaranya.

“Mangsa kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan, sebelum seorang suspek mendakwa mampu membaca wajahnya dan memberitahu bahawa anak mangsa akan mengalami kemalangan jalan raya serius pada hari berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Abang Zainal Abidin berkata suspek kemudian menawarkan satu upacara perlindungan dan meminta mangsa menyerahkan wang tunai serta barang kemas untuk tujuan berkenaan.

Beliau berkata mangsa yang bimbang akan keselamatan anaknya mempercayai dakwaan itu dan menyerahkan wang tunai serta barang kemas dengan keseluruhan kerugian dianggarkan RM317,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Abang Zainal Abidin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali yang menawarkan rawatan tradisional, ritual atau upacara membuang nasib malang dengan meminta wang tunai atau barang kemas.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan atau ugutan yang sengaja menimbulkan ketakutan dan kebimbangan sehingga mendorong mereka menyerahkan wang atau barangan berharga. — BERNAMA

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road