ARTIKEL

Warga emas rugi RM580,000 terpedaya pembelian batu jed dalam talian tidak wujud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Lelaki warga emas yang merupakan pemilik syarikat swasta di sini kerugian RM580,000 selepas terpedaya pembelian batu jed dalam talian tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, lelaki berusia lewat 60-an terbabit dilaporkan berkenalan dengan individu yang tidak dikenali melalui Facebook pada pertengahan November 2022.

“Setelah berkenalan, mangsa menyatakan hasrat ingin membeli batu jed sebagai koleksi.

“Suspek kemudian memberikan pautan yang menawarkan pelbagai jenis batu jed kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, dalam kejadian ini, mangsa melakukan beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek berjumlah lebih kurang RM580,000.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila masih diminta untuk melakukan transaksi pembayaran yang lain,” katanya.

Tegas Mancha, orang ramai perlu membuat penelitian terlebih dahulu sebelum membuat transaksi pembayaran.

“Masyarakat seharusnya membuat semakan senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di www.bnm.gov.my / bnm
telelink 1-300-88-5465 dan www.sc.com.my 03-62048999.

“Mana-mana individu yang menjadi mangsa penipuan dinasihatkan agar menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU