ARTIKEL

BOT milik mangsa.

Warga emas sempat minta tolong sebelum dihanyut arus di Lundu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Seorang lelaki warga emas, Jokepli Hamidi, 60, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai dari bot yang dinaikinya, di Kampung Kelaoh di sini, pagi tadi.

Komander Operasi PBK KUP II Khaizul Buang berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar 8.20 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi.

“Menurut maklumat saksi yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dari bot yang dinaikinya.

“Saksi memaklumkan, kali terakhir mangsa dilihat mengemas bot di jeti dengan berpakaian berwarna biru muda lengan panjang dan berseluar pakaian trek berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PKOB didirikan di sekitar kawasan kejadian.

Tambah Khaizul, saksi turut memberitahu, mangsa sempat meminta bantuan dan berusaha untuk berenang ke tebing sungai.

Saksi kemudian menyiapkan bot dan terus menuju ke arah mangsa untuk menghulukan bantuan, namun mangsa hilang dihanyut arus deras, katanya.

“Pasukan penyelamat kemudian mendapatkan maklumat awal saksi kejadian dan seterunya menurunkan bot penyelamat di Jeti Kubu, Lundu.

“Pasukan kemudian menggunakan bot penyelamat untuk memulakan operasi pencarian dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan berdekatan sekitar kawasan lokasi mangsa jatuh.

“Sekitar 10.30 pagi, pasukan mendirikan Pos Kawalan Bomba (PKB) di lokasi kejadian dan setakat berita ini ditulis, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang dijalankan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU