ARTIKEL

Perodua Bezza dipandu warga emas hilang kawalan melanggar dua peniaga.

Warga Emas Tertekan Pedal Minyak Rempuh Kedai Makan, Dua Cedera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua peniaga cedera ringan setelah dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza di sebuah kedai makan, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 10.50 pagi apabila seorang pemandu lelaki tempatan berusia 84 tahun mengundurkan kenderaannya untuk keluar dari petak parkir.

Katanya, semasa kejadian, pemandu tersebut dipercayai tertekan pedal minyak sehingga menyebabkan beliau hilang kawalan kenderaan sebelum melanggar peralatan dapur vendor serta dua orang peniaga yang berada di dalam premis berkenaan.

“Akibat kejadian tersebut, dua mangsa iaitu seorang lelaki berusia 68 tahun dan seorang wanita berusia 62 tahun mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-dua mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Umum Sarawak. Pemandu kenderaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Alexson, kes disiasat di bawah Rule 10 LN166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa memandu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU