ARTIKEL

Gambar hiasan

Warga Indonesia dipenjara empat bulan, kendali judi dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana terlibat dalam mengendalikan mesin judi dalam talian menggunakan sebuah telefon pintar.

Abu Rizal Bakri, 31, dari Singkawang, Indonesia mengaku bersalah selepas satu pertuduhan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Berdasarkan pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Beratok, sekitar jam 4.17 petang, 19 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 bagi setiap mesin judi dan boleh dipenjara maksimum lima tahun.

Menurut fakta kes, 19 Disember lalu, sekitar jam 4.17 petang, sepasukan polis telah mengadakan serbuan Op Dadu di sebuah premis kedai kerana dipercayai terdapat kegiatan kiosk judi dalam talian tanpa lesen.

Ketika serbuan, satu tangkapan telah dilakukan terhadap seorang lelaki warga asing kerana dipercayai mengendalikan mesin judi dalam talian menggunakan telefon pintar jenama Huawei.

Barang kes turut dirampas seperti seunit telefon pintar, wang tunai berjumlah RM229, sekeping kad kata laluan judi atas talian dan seunit mesin cetak telefon.

Selain itu, laporan daripada pakar judi mengesahkan telefon pintar yang digunakan tertuduh adalah mesin judi.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU