ARTIKEL

Kredit: Freepik.com

Warga Kemboja sebabkan kematian 2 kanak-kanak & 2 wanita lepas hukuman mati, diganti penjara 60 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Seorang lelaki warga Kemboja terlepas daripada hukuman mati atas kesalahan membunuh dua kanak-kanak lelaki dan dua wanita kira-kira sembilan tahun lepas apabila Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 60 tahun.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas penjual air, Usuf Matli, 39, selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari mengesahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi lelaki itu supaya sabitan atas kesalahan membunuh diganti kepada menyebabkan kematian.

“Sabitan dan hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh) oleh Mahkamah Tinggi (Shah Alam) diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap empat pertuduhan di bawah Seksyen 304(a).

“Oleh itu, perayu (Usuf) menjalani hukuman penjara selama 60 tahun kerana hukuman itu berjalan berasingan dari tarikh tangkap pada 7 Sept 2015,” kata Hakim Hadhariah yang bersidang bersama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin hari ini.

Mengikut keempat-empat pertuduhan, Usuf didakwa telah menyebabkan kematian dua kanak-kanak lelaki iaitu Rahimi Yusof dan Asnawi Ahmad serta dua wanita iaitu Fatimas Aly dan Salamah Yusof di kebun kelapa sawit di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor antara 1 pagi hingga 7.25 malam pada 6 Sept 2015.

Terdahulu Usuf mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman denda.

Pada 8 Ogos 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Usuf selepas didapati bersalah membunuh empat warga Kemboja itu. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU