ARTIKEL

Warga Mesir dipercayai maut terjatuh dari tingkat 15 kondominium di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi di sini ditemui mati di sebuah bangunan kondominium di Tanjung Lobang, awal pagi tadi.

Mangsa, 19, seorang lelaki warga Mesir dipercayai terjatuh dari unit kondominium di tingkat 15, kira-kira jam 2 pagi.

Menurut sumber, mangsa bersama sekumpulan rakan-rakannya telah menyewa sebuah unit kondominium untuk satu malam.

Difahamkan, mereka menyewa unit kondominium itu untuk meraikankan sambutan hari perayaan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi hari ini.

Ujarnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU