ARTIKEL

Sikie melihat hasil kraftangan pada Program Pemberdayaan Komuniti Universiti @UniMADANI Fasa 2: KRAF BAGIAU - Kelestarian Kraf Buluh Engkalat di Rumah Banyang, Rantau Aur, Tekalit, Tatau, semalam.

Warisan Kraf Buluh Engkalat, Sumber Pendapatan Baharu Penduduk Tekalit — John Sikie

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Kraf tangan tradisional, khususnya berasaskan buluh engkalat yang diwarisi masyarakat Dayak, perlu diperkasa agar tidak lenyap ditelan zaman.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, berkata Usaha ini bukan sahaja penting bagi mengekalkan identiti budaya, malah berpotensi menjadi sumber pendapatan mampan kepada komuniti luar bandar.

Menurut beliau, inisiatif yang digerakkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini patut diperluas dengan sokongan dana lebih besar daripada Kementerian Kewangan, khususnya di kawasan Kakus, bagi melibatkan lebih banyak komuniti pelbagai kaum termasuk Melayu, Melanau, Iban, Cina dan Orang Ulu yang kaya dengan warisan kraf masing-masing.

“Saya menyeru para penggiat kraf supaya mendaftar dengan Majlis Kraftangan Sarawak dan Majlis Kraftangan Malaysia agar lebih mudah mendapat bantuan dan memasarkan produk ke pasaran lebih luas,” jelasnya

Beliau berkata demikian semasa berucap  merasmikan majlis penutupan Program Pemberdayaan Komuniti Universiti @UniMADANI Fasa 2: KRAF BAGIAU – Kelestarian Kraf Buluh Engkalat di Rumah Banyang, Rantau Aur, Tekalit, Tatau, semalam.

Tambahnya, penghasilan kraf bukan hanya membantu memelihara warisan seni budaya, malah menjadi peluang pendapatan, terutamanya bagi golongan suri rumah di rumah panjang.

John Siki, yang juga Adun Kakus turut mengingatkan bahawa menjelang 2030, kerajaan menyasarkan pendapatan isi rumah tidak kurang daripada RM15,000, dan penghasilan kraf tangan adalah antara cabang ekonomi berpotensi yang wajar diterokai komuniti luar bandar.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Banyang sebagai sokongan kepada pembangunan komuniti.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan