ARTIKEL

ADUN Tellian, Royston Valentine. | Foto: Ramidi Subari

Warisan Melanau berpotensi tarik pelancong, cadang promosi diperhebat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine mengesyorkan agar perhatian khusus diberikan kepada Lamin Dana dan Muzium Mini Sapan Puloh sebagai tarikan pelancongan budaya utama di Mukah.

Pada masa sama, katanya usaha promosi perlu dipertingkatkan bagi mengetengahkan Batik Linut, Tapou dan kraftangan tempatan sebagai produk pelancongan yang memaparkan keunikan budaya serta warisan seni masyarakat Sarawak.

“Dengan sokongan dan intervensi strategik kerajaan dalam aspek promosi, infrastruktur, latihan komuniti dan pewujudan program berasaskan warisan, kedua-dua lokasi ini serta produk kraftangan unik mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara.

“Usaha bersepadu ini juga memastikan kesinambungan warisan budaya dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang, sekali gus mengekalkan identiti dan tradisi unik masyarakat Sarawak,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026, 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Menurutnya, peruntukan RM129 juta bagi infrastruktur pelancongan dan RM194 juta bagi promosi dalam Belanjawan Sarawak 2026 sangat signifikan untuk kawasan Tellian.

“Sebagai pusat kebudayaan Melanau, Tellian boleh memanfaatkan belanjawan ini untuk memperkasakan industri pelancongan berasaskan budaya,” katanya.

Mengulas lanjut, Royston berkata Lamin Dana dan Muzium Mini Sapan Puloh merupakan simbol usaha komuniti setempat dalam pelestarian budaya, sejarah dan warisan Melanau.

“Kunjungan ke sini membolehkan pelancong mengenali tradisi, seni, sejarah dan adat resam masyarakat Melanau secara lebih dekat,” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road