ARTIKEL

Wartawan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman minggu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengendali dan wartawan Al Jazeera akan dipanggil minggu ini bagi membantu siasatan berhubung dokumentari agensi berita antarabangsa itu mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya sudah menghubungi beberapa individu berkaitan dan akan dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Mereka akan dipanggil memberi keterangan pada minggu ini dan awal minggu depan,” katanya ringkas kepada Bernama.

Beliau turut mengesahkan seorang aktivis sosial dipanggil semalam dan keterangannya sudah diambil di IPD Putrajaya bagi membantu siasatan susulan kenyataan di Facebooknya berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen.

Katanya pihaknya turut akan memanggil seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Rayhan Kabir yang terbabit dalam dokumentari itu.

Mior Faridalathrash berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata lima laporan polis diterima berhubung laporan dokumentari agensi berita antarabangsa itu dan pihaknya mengenal pasti beberapa individu yang terlibat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.

 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira