ARTIKEL

wartawan veteran Datuk Dr Chamil Wariya | Foto: MIQAEEL MUKHALIZ

Wartawan veteran Chamil Wariya bakal terbit buku dunia kewartawanan Warna-Warna Kehidupan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah buku berkisarkan perjalanan serta pengalaman wartawan veteran Datuk Dr Chamil Wariya dalam dunia kewartawanan bakal diterbitkan selewatnya pada Februari 2025.

Chamil yang merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Majlis Akhbar Malaysia (MPI) itu berkata, buku berkenaan berada dalam proses akhir penyiapan.

“Buku berjudul Warna-Warna Kehidupan itu menceritakan perjalanan kehidupan wartawan menjalankan tugas sebagai pemberita.

“Selain berkongsi pengalaman dalam bidang kewartawanan, saya juga memuatkan inti pati berkaitan tokoh ternama yang sempat ditemu bual sepanjang kerjaya sebagai wartawan,” katanya ketika ditemui di pejabat Suara Sarawak, hari ini.

Sehubungan itu tambahnya, naskhah tersebut juga menerima cadangan untuk mengubah tajuk buku kepada Rona-Rona Kehidupan dan akan diteliti semula.

“Hal ini kerana, buku ini menerima dana daripada pihak kerajaan dan tertakluk kepada persetujuan mereka. Jika mereka bersetuju, kita akan ubah (nama buku),” jelasnya.

Dalam karya berkenaan, beliau menceritakan perjalanannya yang bermula dari Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur sehingga ke London, sebelum balik semula ke tanah air.

Bermula sebagai wartawan di Utusan Malaysia, beliau kemudiannya mewujudkan akhbar mingguan Suara Rakyat, seterusnya melebarkan sayap ke London dengan menyertai BBC News selama sekitar enam tahun dan pulang semula ke Malaysia berkhidmat di TV3 dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Buku tersebut merakamkan cerita di sebalik tabir sepanjang beliau menjadi wartawan antara pertengahan 1971 hingga bersara wajib pada penghujung 2007 pada usia 55 tahun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU