ARTIKEL

Waspada sisi gelap Al

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Seorang bekas ketua keselamatan OpenAl yang meletak jawatan minggu ini memberi amaran pada Sabtu bahawa model kecerdasan buatan (Al) yang semakin berkeupayaan, mungkin dapat menyedari apabila ia sedangStand UP for Democracy POPIC OVER AI diuji dan bertindak secara berbeza apabila digunakan dalam keadaan sebenar, lapor Anadolu Ajansi yang memetik The Atlantic.

Menerusi kenyataannya dalam The Atlantic, David Robinson yang berkhidmatm PEOPLE OVER AL ACE lebih tiga tahun di OpenAl dan menyelia laporan keselamatan bagi pelancaran 12 model Al termaju berkata, pendekatan industri terhadap aspek keselamatan akan menyebabkan lebih banyak kegagalan sekiranya tiada PEOPLE OVER AT perubahan dilakukan.

“Sistem Al hari ini dan masa depan jauh lebih berkeupayaan serta berbahaya berbanding sistem yang kami bangunkan walaupun hanya enam bulan lalu,” tulis Robinson.

Amaran beliau dibuat ketika kebimbangan semakin meningkat terhadap sistem Al yang semakin berautonomi, susulan insiden baru-baru ini membabitkan ejen Al yang memintas langkah perlindungan serta gesaan penyelidik supaya syarikat memperlahankan pembangunan sistem yang lebih berkuasa sehingga langkah keselamatan dipertingkatkan.

Robinson menggesa syarikat Al supaya memanfaatkan kepakaran keselamatan daripada industri berisiko tinggi yang lain serta menjalankan penyelidikan baharu bagi memastikan model yang lebih berkeupayaan beroperasi dengan selamat walaupun tidak dipantau.

“Memandangkan risiko yang wujud ketika ini, makmal yang membangunkan Al termaju perlu beroperasi seperti loji kuasa nuklear atau lapangan terbang yang sibuk, dengan pelbagai lapisan sistem sokongan serta perancangan teliti yang memakan masa, supaya kesilapan manusia yang sesekali dan tidak dapat dielakkan tidak membuka ruang kepada bencana,” tulis beliau.

Robinson turut memberi amaran bahawa penilaian keselamatan sedia ada mungkin menjadi kurang boleh dipercayai seiring dengan peningkatan keupayaan model berkenaan.

“Model Al mungkin dapat mengesan apabila ia sedang diuji dan bertindak secara berbeza apabila digunakan. Semakin bijak model yang terus dibangunkan oleh industri ketika masalah ini masih belum diselesaikan, keadaan semakin berbahaya,” katanya.

Beliau berhujah bahawa sains keselamatan yang lebih kukuh perlu dibangunkan sebelum syarikat menghasilkan sistem lebih berkeupayaan berbanding sistem yang tersedia ketika ini.

“Setakat ini, industri Al gagal mengajar mesin untuk bertindak secara konsisten seperti yang dilakukan oleh individu yang bijaksana dan prihatin,” tulis Robinson.

Tegas beliau, sebelum organisasi yang membangunkan Al dapat mengajar superkecerdasan untuk melayan manusia dengan baik, mereka sendiri perlu mengingati kembali cara untuk berbuat demikian. -Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

BERITA TERBARU