ARTIKEL

Waspada Tawaran Haji Murah, Elak Jadi Mangsa Penipuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Bakal jemaah haji diingatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran pakej haji dengan harga murah dan tidak munasabah oleh pengendali atau pengelola haji tidak berlesen serta tidak berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata terdapat kecenderungan orang ramai mudah terpengaruh dengan tawaran harga rendah, termasuk pakej serendah RM15,000 hingga RM20,000 ditawarkan syarikat tertentu.

“Lazimnya, dia (syarikat tidak berlesen) punya tawaran itu memang tidak munasabah. Bila tengok dan bandingkan, mereka akan mudah terpengaruh kerana (kos) murah untuk tunai haji.

“(Harga) RM20,000 atau RM15,000 dikenakan dan hujungnya (duit) lesap…biasanya jumlah yang ditawarkan tidak masuk akal dan kebanyakan yang tertipu dengan harga rendah tersebut akhirnya terkandas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim Haji 1447H/ 2026M di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata aktiviti penipuan kebiasannya berlaku membabitkan pengiklanan menerusi visa Mujamalah atau visa Furada yang di luar pengetahuan TH.

“Jadi, saya mengambil kesempatan untuk memberikan amaran dan teguran kepada syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab ini supaya tidak memanipulasi dan menyalahgunakan syarikat mereka untuk melakukan penipuan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Arab Saudi juga dijangka lebih tegas pada musim haji akan datang dan hanya individu dengan permit sahaja dibenarkan menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Rakyat Malaysia ini memang terkenal dengan disiplin mereka. Kerajaan Arab Saudi selalu sebut tentang rakyat kita ni yang sangat disiplin.

“Jadi kita kekalkan dan jangan sekali-kali kita langgar peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi hingga mencemar nama baik Malaysia, Arab Saudi dan mencemar nama baik TH, institusi haji yang memang terkenal dengan reputasinya,” katanya.

Karnival tiga hari bermula Jumaat lepas itu menghimpunkan 34 syarikat PJH berlesen bagi Musim Haji 1447H/2026M sekali gus menjadi platform terbaik untuk bakal haji mendapatkan maklumat tepat dan membuat pilihan pakej haji daripada PJH berlesen mengikut piawaian TH dan peraturan Arab Saudi.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road