ARTIKEL

PASUKAN WFC meraikan kejuaraan selepas berhempas pulas selama dua hari Pertandingan Badminton Pesta Saratok 2026, Tertutup Bahagian Betong-Sri Aman yang berlangsung di Dewan Sri Krian, di sini, semalam.

WFC1 juara Pertandingan Badminton Pesta Saratok 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Pasukan WFC1 muncul juara Pertandingan Badminton Pesta Saratok 2026, Tertutup Bahagian Betong-Sri Aman yang berlangsung di Dewan Sri Krian, di sini, semalam.

Kejayaan itu membolehkan WFC1 membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 berserta piala.

Pasukan SBC Sri Aman pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan menerima hadiah wang tunai RM800, manakala WFC2 dari Saratok menduduki tempat ketiga dan membawa pulang RM400.

Dalam kategori beregu wanita, pasangan Adaline Langit dan Phu Yin muncul juara untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM600.

Tempat kedua menjadi milik gandingan Michelle Loo Yin Fang dan Wong Lee Huong yang menerima RM400, manakala pasangan Yvonne Wong dan Mahirah Maisara Hamid menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM200.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, selaku hos penganjuran Pesta Saratok tahun ini.

Pengerusi penganjur pertandingan, Wong Hui Ching merakamkan penghargaan kepada Friday atas kepercayaan melantik Kelab Badminton WFC Saratok untuk menganjurkan pertandingan berkenaan.

Menurutnya, pertandingan badminton itu menjadi antara pengisian tetap dalam kalendar Pesta Saratok setiap tahun, sekali gus memberikan ruang kepada peminat sukan badminton untuk beraksi dan mengeratkan hubungan sesama pemain.

“Pertandingan tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 13 regu wanita dan lima kumpulan bagi kategori lelaki.

“Penyertaan bukan sahaja dari Saratok, malah turut melibatkan pemain dari Sri Aman, Kabong dan Kuching,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira