ARTIKEL

MARA KE FINAL...Barisan pemain WFL FC.

WFL FC, Project Park Mara Ke Final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pasukan WFL FC dan Project Park FC berjaya melangkah ke pentas final Kejohanan Bola Sepak, Piala Presiden BIFA edisi ketiga 2026 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Kedua-dua pasukan terbabit berjaya memastikan slot untuk pemburuan gelaran juara itu selepas menumpaskan lawan masing-masing pada perlawanan peringkat separuh akhir hujung minggu lepas.

PESAING HEBAT…Pasukan Project Park FC.

Pasukan WFL FC mara ke final setelah menumpaskan Ensumbar FC (2-1). Kemaraan bergaya Project Park FC ke final pula hasil kemenangan besar (5-0) ke atas Lakin Kayau FC.

Ia sekali gus menandakan perlawanan akhir dijangka penuh dramatik membabitkan kedua-dua pasukan berkenaan.

Setiausaha Kehormat BIFA, Musabaqah Meliki memberitahu, perlawanan akhir pada Sabtu ini diadakan di padang sintetik BDA.

Menurut Musabaqah, sukar meramal peluang kedua-dua pasukan untuk bergelar juara.

Katanya, perlawanan penentuan tersebut pasti sengit dan mencetus fenomena berbeza berbanding sebelum ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU