ARTIKEL

Wilson Bangau maut akibat impak letupan kilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Jurukimpal yang maut akibat letupan di sebuah kilang memproses produk kelapa sawit di Tanjung Langsat, di Pasir Gudang, hari ini, dikenali sebagai Wilson Bangau, 45, berasal dari Sarawak.
Dua lagi rakannya yang cedera pula adalah Bonsi Buli , 42, dan Muhamad Syafiq Abdul Rahman, 23, kedua-duanya rakyat tempatan.
Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Johor Pauzan Ahmad berkata Wilson maut akibat terjatuh dari ketinggian 15 meter dari tempat dia melakukan kerja-kerja pengimpalan untuk membaiki penutup ruangan lubang bagi mengambil sampel bahan di tangki simpanan yang menyimpan kira-kira 800 metrik tan crude glycerin di kilang berkenaan.
“Mangsa (Wilson) terjatuh akibat impak letupan berkenaan. Bonsi juga jatuh tetapi hanya patah kaki manakala Muhammad Syafiq melecur di bahagian muka dan tangan. Mereka difahamkan merupakan pekerja yang dilantik kilang itu untuk melakukan kerja-kerja kimpalan.
“Kedua-dua mangsa yang cedera (Bonsi dan Muhamad Syafiq) dibawa ke Hospital Sultan Ismail dan mangsa maut (Wilson) diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di luar kilang berkenaan, hari ini.
Pauzan berkata bomba menerima laporan kejadian pada 2.41 petang dan berikutan itu, empat jentera dengan 42 keanggotaan digegaskan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.
“Di tempat kejadian, terdapat tujuh tangki simpanan dengan tiga daripadanya merupakan tangki simpanan crude glycerin yang sudah diproses,” katanya.
Beliau berkata pada masa ini, pihak forensik masih lagi melakukan kerja-kerja siasatan bagi mengenal pasti punca letupan dan anggaran kerugian.
Beliau berkata insiden berkenaan tidak menjejaskan operasi kilang terbabit dan tidak menyebabkan kebakaran.
Pihak bomba menamatkan operasi pada 4.26 petang tadi.

YouTube player

BERITA LAIN

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi. Ketua

Manfaat lapan komponen KKD

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan

Perkasa pelancongan tempatan

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bekerjasama dalam mempromosi

BERITA TERBARU