ARTIKEL

Wujudkan sistem kuota pengambilan penjawat awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu mewujudkan sistem kuota di peringkat pengambilan penjawat awam bagi menarik lebih ramai rakyat pelbagai kaum negeri ini menyertai perkhidmatan tersebut.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia kerana kebiasaannya berlaku ketidakadilan di peringkat pengambilan dalam kalangan penjawat awam negeri ini.

“Sehubungan itu, saya mengesyorkan supaya Kerajaan Sarawak mewujudkan sistem kuota kerana sering kali berlaku hanya sedikit calon dari etnik lain dan bukan Melayu diberi peluang lulus dalam temuduga dan seterusnya berjaya untuk diambil masuk ke dalam perkhidmatan kerajaan.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

“Situasi ini seterusnya memberikan kesan domino dan ia dapat dilihat kepada peratus penglibatan yang rendah dalam kalangan etnik lain dan kaum bukan Melayu, khususnya yang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan pusat dan negeri,” katanya Ahli Parlimen Kapit itu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai usaha kerajaan Sarawak untuk menambah baik dan merangka skim gaji bagi menarik lebih rakyat negeri ini termasuk kaum Cina menyertai perkhidmatan awam negeri.

“Inisiatif ini juga perlu disokong dengan pelaksanaan sistem pengambilan pekerja yang lebih adil dan saksama bagi memastikan pelbagai kumpulan etnik kita mendapat peluang sama rata untuk menyertai perkhidmatan awam negeri.

“Sebagai contoh, kumpulan etnik Dayak dan Cina sering merasa terpinggir dan tidak mendapat peluang yang adil dalam mendapatkan peluang pekerjaan di perkhidmatan awam.

“Bagaimanapun, saya amat berterima kasih kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari atas inisiatif yang telah diambil sejak beliau memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Sarawak.

“Hasilnya dapat dilihat dengan peningkatan jumlah penglibatan kumpulan etnik lain dalam perkhidmatan awam negeri ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU