ARTIKEL

X Lion Kuching buru kejuaraan di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan bola baling X Lion Kuching tampil dengan misi besar memburu kejuaraan dalam Miri Handball Challenge 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mei di Stadium Tertutup Miri.

Dua skuad utama iaitu X Lion Senior dan X Lion Junior bakal diturunkan bagi menghadapi saingan sengit kejohanan tersebut.

Status naib juara Sarawak Open 2024 menjadi pemangkin semangat pasukan itu untuk melangkah lebih jauh kali ini. Kombinasi pemain berpengalaman dan bakat muda dijangka menjadi kelebihan utama X Lion.

Ketua jurulatih Mohd Fitri menegaskan persiapan pasukan kini berada pada tahap terbaik dengan fokus ke atas kecergasan, taktikal dan keserasian.

Katanya, latihan dijalankan secara intensif dan setiap pemain menunjukkan komitmen tinggi serta disiplin yang baik. Pasukan itu hadir ke Miri dengan sasaran jelas untuk bersaing di peringkat tertinggi dan seterusnya memburu kejuaraan.

Pada masa yang sama, penyertaan dua skuad turut menjadi platform pembangunan pemain muda serta usaha memperkukuh prestasi pasukan.

Sokongan penaja membantu memperkemas persiapan pasukan dengan King Kojack menyalurkan bantuan kewangan, manakala Monakie Sdn Bhd menyediakan jersi rasmi.

X Lion yakin mampu memberi cabaran sengit dan melakar kejayaan, sekali gus mengharumkan nama Kuching di pentas Miri Handball Challenge 2026.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU