ARTIKEL

(dari kiri ke kanan) Datuk Steven Lai - Pengarah Yakin Splendour Global Holdings Bhd. Dr. Patrick Tan - Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Yakin YB Dato Dr Haji Mohammad Yusof bin Apdal - Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Jwan Heah Yeow Hooi - Ketua Pegawai Operasi, Malaysia Book of Records Aaron Bong Ken Jin - Pegawai Rasmi Malaysia Book of Records YAKIN Rangkul Dua Pengiktirafan Malaysia Book of Records, Menandakan Pencapaian Penting dalam Bidang Perubatan Regeneratif

YAKIN Percepat Pertumbuhan: Kerjasama Strategik Hospital + Dua Rekod Kebangsaan Kukuhkan Kedudukan Peneraju dalam Perubatan Regeneratif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yakin Splendour Global Holdings Berhad (YAKIN), peneraju dalam teknologi sel stem mesenchymal tali pusat (UC-MSC) dan penyelesaian bioteknologi termaju, mencatat dua pencapaian penting yang mengukuhkan kedudukan peneraju pasaran serta hala tuju strategik syarikat.

Pertama ialah pemeteraian kerjasama strategik dengan Hospital UMRA dan penerimaan dua pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records menerusi Merkel Clinic Velocity, sebuah klinik yang beroperasi di bawah Kumpulan YAKIN.

Secara keseluruhan, pencapaian itu memperkukuh sumbangan YAKIN yang semakin berkembang kepada sektor penjagaan kesihatan dan bioteknologi Malaysia dengan menggabungkan inovasi saintifik, teknologi sel stem termaju dan kecemerlangan klinikal, sekali gus memacu Malaysia ke hadapan sebagai hab perubatan regeneratif yang semakin berkembang.

YAKIN x Hospital UMRA: Menghubungkan Bioteknologi dan Penjagaan Klinikal

YAKIN memeterai kerjasama strategik penjagaan kesihatan dengan Hospital UMRA, penyedia perubatan swasta multidisiplin yang telah lama bertapak dan memberikan perkhidmatan di Lembah Klang sejak 2006.

Kerjasama itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Pengarah YAKIN, Datuk Steven Lai dan Pengasas serta Pengarah Perubatan Hospital UMRA, Datuk Dr Mohamed Rafi Bin Dato’ Dr Mohammed Feizal.

Depan (kiri ke kanan)

  • Datuk Steven Lai – Pengarah Yakin Splendour Global Holdings Bhd.
  • Datuk Dr Mohamed Rafi Bin Dato’ Dr Mohammed Feizal – Pengasas serta Pengarah Perubatan Hospital UMRA

Belakang (kiri ke kanan)

  • Dr. Patrick Tan – Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Yakin
  • YB Dato Dr Haji Mohammad Yusof bin Apdal – Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi 

YAKIN dan Hospital UMRA bersama-sama menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), memeterai kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi

Terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Hospital UMRA menyediakan  perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang dengan  majoriti pesakitnya terdiri daripada komuniti Muslim erpandukan visi untuk menjadi “Hospital Pilihan” menerusi penyediaan kesihatan  yang mudah diakses, prihatin dan berkualiti tinggi secara konsisten.

Kerjasama itu menggabungkan kepakaran khusus YAKIN dalam teknologi sel stem mesenchymal yang diperoleh daripada tali pusat (UC-MSC) dengan infrastruktur klinikal Hospital UMRA yang dipercayai serta perkhidmatan penjagaan kesihatan berfokuskan pesakit.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua organisasi akan memperluas akses kepada perubatan regeneratif termaju secara telus  sambil mengekalkan standard tinggi dalam aspek kualiti, keselamatan, tadbir urus klinikal dan penjagaan pesakit.

Datuk Steven Lai berkata, Penemuan dan perkembangan baharu dalam bidang sains akan memberi manfaat yang lebih besar apabila ia akhirnya dapat membantu pesakit 

“Menerusi kerjasama dengan Hospital UMRA ini, kami membawa teknologi UC-MSC keluar dari makmal dan bawa  lebih dekat kepada pesakit dengan menterjemahkan perkembangan sains terkini kepada penyelesaian kesihatan yang boleh memberi manfaat dalam kehidupan sebenar .

“Hospital UMRA juga berkongsi pandangan  kami bahawa perubatan termaju mesti disampaikan penuh tanggungjawab, prihatin  dan mudah diakses. Bersama-sama, kami sedang membina jambatan penting antara inovasi bioteknologi dengan penjagaan klinikal yang dipercayai.”

Kerjasama itu dijangka menyokong perkongsian pengetahuan yang lebih luas, kerjasama klinikal serta kesedaran awam mengenai perubatan regeneratif.

Ia juga mencerminkan komitmen bersama YAKIN dan Hospital UMRA untuk memperkukuh keupayaan Malaysia dalam bidang sains perubatan yang sedang berkembang.

Mengalu-alukan kerjasama itu, Datuk Dr Mohamed Rafi berkata, Hospital UMRA sentiasa berpandukan kualiti, integriti dan kebajikan pesakit.

“Kerjasama kami dengan YAKIN membuka ruang kepada perubatan regeneratif termaju yang dibangunkan dan disampaikan dalam persekitaran klinikal yang bertanggungjawab serta berlandaskan etika.

“Ia membawa kami lebih dekat untuk merealisasikan visi menjadi penyedia penjagaan kesihatan pilihan bagi komuniti Islam dan di seluruh Lembah Klang. Inovasi dan ihsan mesti bergerak seiring — dengan sentiasa meletakkan kebajikan pesakit sebagai keutamaan,” kata Datuk Dr Mohamed Rafi.

Pengiktirafan Bersejarah: Merkel Clinic Velocity Raih Dua Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Dalam pencapaian yang menunjukkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan, Merkel Clinic Velocity yang beroperasi di bawah Kumpulan YAKIN meraih dua pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records.

Klinik itu diiktiraf sebagai penyedia pertama sel stem mesenchymal Physoxic di Malaysia dan pembangun pertama sel stem mesenchymal Normoxic Passage 4 di Malaysia.

Sel stem mesenchymal (MSC) diiktiraf secara meluas dalam perubatan regeneratif kerana potensinya dalam menyokong pembaikan tisu, mengawal tindak balas imun dan keradangan serta menjadi asas kepada terapi masa hadapan.

Pengkulturan sel berkenaan secara konsisten sehingga Passage 4 (P4), iaitu peringkat utama pertumbuhan dalam makmal, sambil mengekalkan potensi dan konsistensi sepenuhnya memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi, standard ketat serta kawalan kualiti yang tepat.

Justeru, kedua-dua pengiktirafan itu bukan sahaja mengiktiraf inovasi, malah penyelidikan berterusan selama bertahun-tahun, penguasaan teknikal dan pembangunan yang berdisiplin.

Datuk Steven Lai berkata, dua rekod itu mengesahkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilaksanakan secara teliti selama bertahun-tahun serta usaha berterusan syarikat dalam mengejar kejayaan. .

“Ia mencerminkan pelaburan modal selama bertahun-tahun, ketelitian saintifik dan keengganan untuk berkompromi terhadap standard.

“Pencapaian ini adalah milik setiap penyelidik, jurutera dan rakan kerjasama yang percaya Malaysia mampu menerajui pentas global. Bagi YAKIN, pengiktirafan ini bukanlah garisan penamat — sebaliknya menjadi permulaan  untuk meningkatkan skala teknologi kami, memperluas rangkaian pembangunan kami dan menguasai bahagian pasaran serantau.”

“Kami telah membuktikan bahawa Malaysia mampu membangunkan, menghasilkan dan menyediakan perubatan regeneratif bertaraf dunia. Ia baik untuk industri kita, baik untuk ekonomi kita dan baik untuk kedudukan negara di peringkat global.”

Visi Strategik: Membangunkan Ekosistem Perubatan Regeneratif Nasional

Secara keseluruhannya, kerjasama dengan Hospital UMRAn dua pengiktirafan peringkat kebangsaan ini menjadi antara tonggak penting  dalam visi jangka panjang YAKIN untuk  menghubungkan inovasi makmal dengan penyampaian klinikal serta membangunkan keupayaan dalam negara yang dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kerjasama dengan Hospital UMRA mengukuhkan hubungan antara bidang bioteknologi dengan penjagaan kesihatan klinikal, manakala pengiktirafan yang diterima Merkel Clinic Velocity menunjukkan komitmen Kumpulan YAKIN untuk membangunkan keupayaan khusus dalam bidang perubatan regeneratif di Malaysia.

Kesemua pencapaian ini turut  menyokong aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab serantau  yang berdaya saing dalam bidang bioteknologi, penyelidikan perubatan, inovasi penjagaan kesihatan dan perubatan regeneratif.

Datuk Steven Lai berkata, YAKIN kekal memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ekosistem yang membolehkan inovasi saintifik, amalan klinikal yang bertanggungjawab dan akses pesakit berkembang seiring.

“Malaysia mempunyai bakat, infrastruktur dan lokasi strategik untuk menjadi peneraju serantau dalam perubatan regeneratif,” katanya sambil menambah, usaha merealisasikan potensi itu memerlukan pelaburan berterusan, kerjasama strategik dan komitmen terhadap kecemerlangan.

“YAKIN sedang membangunkan rantaian nilai yang lengkap, daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) di makmal hingga kepada penyampaian klinikal, sekaligus mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, menarik pelaburan dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi bagi penjagaan bioteknologi termaju.”

Beliau berkata, hala tuju YAKIN memberi tumpuan kepada usaha memupuk ekosistem kerjasama yang menghimpunkan saintis, penyedia penjagaan kesihatan, badan kawal selia dan rakan industri untuk meningkatkan standard, membina kepercayaan serta membuka potensi ekonomi dan sosial sepenuhnya dalam sektor berkenaan.

“Dengan pencapaian ini, YAKIN telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama perusahaan perubatan regeneratif Malaysia, menerajui menerusi inovasi, berkembang menerusi kerjasama serta membangunkan industri nasional yang mempunyai jangkauan global,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU