ARTIKEL

BERCAKAP… Abu Bakar menyampaikan amanat semasa berucap dalam Majlis Jasamu Dikenang anjuran Yayasan Sarawak sempena persaraan Mersal di Hotel Hilton, di sini, malam tadi.

Yayasan Sarawak terus main peranan bentuk pemimpin berkaliber

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yayasan Sarawak terus memainkan peranan penting dalam membentuk pemimpin berkaliber dalam perkhidmatan awam negeri, menjadikannya platform penting dalam pembangunan sumber manusia berkualiti.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, berkata kejayaan Datuk Mersal Abang Rosli-bekas Pengarah Yayasan Sarawak, adalah satu contoh terbaik yang wajar dijadikan inspirasi oleh semua penjawat awam, terutamanya pegawai muda.

RAKAM KENANGAN… Abu Bakar merakam kenangan bersama-sama Mersal; Junaidi dan kenamaan lain.

“Dalam perjalanan kerjaya selama 43 tahun, mantan Pengarah Yayasan Sarawak, Datuk Mersal Abang Rosli membuktikan bahawa kerja keras dan ketabahan membawa kepada kejayaan.

“Bermula sebagai pembantu tadbir, beliau akhirnya dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sarawak — satu pencapaian yang seharusnya menjadi teladan kepada semua penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jasamu Dikenang anjuran Yayasan Sarawak sempena persaraan Pengarah Yayasan Sarawak, Datuk Mersal Abang Rosli di Hotel Hilton, di sini, malam tadi.

Abu Bakar turut mengingatkan warga Yayasan Sarawak agar mencontohi semangat juang dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Mersal sejak beliau mula berkhidmat.

Beliau menekankan bahawa Mersal bukan hanya seorang pegawai awam berjaya, tetapi juga pemimpin yang mengubah landskap pendidikan dan pembangunan di Sarawak.

Dalam majlis yang penuh bermakna itu, Abu Bakar turut mengalu-alukan pelantikan Datuk Mohamad Junaidi Mohidin sebagai Pengarah baharu Yayasan Sarawak.

Pelantikan Junaidi sebagai pengarah baharu Yayasan Sarawak berkuat kuasa mulai 16 April, menandakan permulaan era baharu untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,