ARTIKEL

Lee Zii Jia

Zii Jia singkir Popov, mara separuh akhir Terbuka Artik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, mencipta kejutan apabila menewaskan pilihan kedua dari Perancis, Christo Popov, untuk mara ke separuh akhir Terbuka Artik 2026 di Vantaa, Finland, hari ini.

Menurut Bernama Zii Jia yang menduduki ranking ke-56 dunia menundukkan lawannya 21-11, 21-16 dalam tempoh 38 minit pada suku akhir kejohanan berstatus Super 500 di Energia Areena.

Kemenangan itu sekali gus memanjangkan rekod tanpa kalah Zii Jia menentang Popov kepada tiga pertemuan sejak mereka mula bertentang pada Terbuka Jerman 2022.

Pada separuh akhir esok, pemain negara itu akan menghadapi pemenang antara Anders Antonsen dari Denmark dengan wakil China, Hu Zhe An, bagi merebut tiket ke final.

Kejohanan badminton tersebut menawarkan jumlah hadiah wang tunai sebanyak USD500,000 (RM2.04 juta).

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha