ARTIKEL

ZIKIR (3)

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Di ruang sunyi ini,
aku dan pemilik nafasku
tidak lagi berjarak
umpama bayang-bayang mendampingi cahaya.

Kata yang kuulang sebut
bukan kepunyaanku
kerana lidahku hanyalah seruling
tak mampu mendendangkan irama

tanpa ada peniupnya.

Aku pun hilang
bagai air yang diserap kembali ke awan
seperti ombak yang pulang
ke pangkal lautan.

Zikir bukan bilangan
tetapi ungkap rahsia

di sebalik lubuk tersembunyi,
tiada huruf terbentuk

tiada suara bergema
cuma getar cinta
yang beriak di kolam atma.

Kupintal sepi menjadi tasbih
kubiarkan patah-patah sebutan jatuh
seperti kelopak bunga di musim luruh

kerana di tengah diam yang merayap

segala nama dan rupa telah lenyap,

hanya tinggal Dia

yang menyebut nama-Nya sendiri.

ABIZAI

Miri, Sarawak

Oktober 2025.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha