ARTIKEL

Adik maut di pangkuan abang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang abang hanya mampu melihat adiknya maut selepas motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan di Batu 27, Jalan Lama Kuching-Serian.

Kemalangan yang berlaku kira-kira 11.15 pagi hari ini, meragut nyawa Mohd Jap Junaidi, 22, akibat parah di kepala manakala abangnya, Jeffery Junaidi,24, hanya luka kecil di kaki kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu yang mengesahkan kejadian, berkata dua beradik itu adalah berasal dari Kampung Lintang Baru, Jalan Kuching-Serian.

“Mangsa yang menunggang motosikal bersama abangnya dari arah Pekan Tapah menuju ke Kampung Panchor Dayak telah hilang kawalan semasa melalui selekoh.

“Mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian kanan kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Serian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata kedua-dua mereka didapati tidak memakai topi keledar.

Mayat mangsa turut dibawa ke Hospital Serian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan.

TRAGIK: Si abang memangku adiknya yang cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya