ARTIKEL

Dua sekawan hilang di Sungai Batu Keling

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Dua sekawan dikhuatiri lemas selepas bot mereka naiki terbalik dan karam ketika memukat ikan di Sungai Batu Keling Belaga di sini semalam.

Mangsa dikenal pasti sebagai Wahab Jabu, 50-an dari Kampung Tellian Ulu dan seorang rakan Cina dari Sibu yang tidak dikenal pasti dipercayai pergi ke Belaga petang semalam untuk memukat ikan.

Ketua Polis Daerah Sibu Stanley Ringgit mengesahkan kejadian itu memberitahu, polis menerima laporan daripada abang mangsa Sinsoon Jabu dan telah melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dan rakannya dalam proses memunggah ikan sebelum perahu terbalik dan dibawa arus deras.

Lokasi tempat kejadian cuma lima kilometer dari Empangan Bakun dan berarus deras.

BELUM DITEMUI…Mangsa bot karam Wahab dan seorang rakan masih hilang di Sungai Batu Keling Belaga

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU