ARTIKEL

Pengurangan bajet selamatkan M’sia daripada muflis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata, pemotongan serta pengurangan bajet Kerajaan Persekutuan di seluruh negara termasuk Sarawak untuk menyelamatkan Malaysia secara keseluruhannya.

Tindakan itu menurutnya adalah refleksi pentadbiran lalu yang mana GPS turut bertanggungjawab.

“Sekiranya kerajaan tidak bertukar, pastinya luka akan terus berdarah.

“Pemotongan dan pengurangan bajet ini bagi menyelamatkan negara daripada muflis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Menurutnya, beliau faham kenapa Kerajaan Sarawak sedih disebabkan beberapa projek tidak diluluskan di negeri itu.

“Ketahuilah, bahawa ini adalah usaha kebangsaan Kerajaan PH untuk menyelamatkan negara.

“Sekiranya kita melihat kepada bajet yang dipotong melibatkan Semenanjung Malaysia adalah lebih besar daripada bajet di Sarawak.

“Oleh itu, saya mendesak Kerajaan Sarawak supaya tidak cepat melatah kerana langkah ini untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Sidang media itu diadakan sempena setahun PH mentadbir negara.

Mengulas pencapaian PH sepanjang 360 hari memerintah, Chieng Jen berkata terdapat empat projek mega telah berjaya dirunding semula.

“Projek tersebut ialah ECRL daripada RM65.5 bilion kepada RM44 bilion (jimat RM21.5 bilion), Projek MRT2 daripada RM39.35 bilion kepada RM30.53 bilion (jimat RM8.82 bilion), Projek LRT3 kos dikurang daripada RM31.65 bilion kepada RM16.63 bilion (jimat RM15.02 bilion) dan pengasingan tanah DBKL sebanyak 97 petak (jimat RM481 juta).

Selain itu katanya, pihaknya sedang berusaha menghentikan projek Felda (RM6 bilion) dan Lembaga Tabung Haji (RM19.9 bilion).

Chieng Jen berkata, usaha lain Kerajaan PH termasuk membersihkan nama Malaysia sebagai negara kleptokrat di peringkat antarabangsa, pembaharuan institusi untuk melindungi generasi masa depan, mewujudkan projek ekonomi dan membentuk jawatankuasa kabinet bagi mengkaji pelaksanaan hak Sabah dan Sarawak di bawah MA63.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU