Trending

Baram pasti akan berubah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi jaminan Baram akan membangun selagi mereka kekal bersatu dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“GPS akan membantu untuk memastikan Baram menerima perubahan selagi rakyat di Baram terus bersatu dan memberi mandat kepada GPS.

Baram pasti akan berubah,” kata Abang Johari.

Beliau memberi jaminan itu semasa penyerahan projek Sares ke-13 rumah panjang di kawasan Telang Usan di Long Pillah di Baram.

Projek Sares bernilai RM35 juta ini telah menerangi rumah dengan lebih 6,000 penduduk dari 725 isi rumah di 13 buah kampung termasuk Long Pilah, Long Luteng, Long Daloh Bestari, Long Miri, Long Tebangan, Long Liam Keliman, Long Sobeng, Long Selapun, Long Sebatang, Long Sengung, Long Pala, Long Buah and Long Buken.

Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Sarawak akan terus fokus kepada pembangunan Baram dan kawasan pedalaman yang lain.

“Kurang berpolitik tetapi buat lebih untuk membantu rakyat, itu yang kami lakukan. Tidak seperti parti politik di Semenanjung Malaysia, menghadapi kekacauan ketika masing-masing berebut untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Oleh itu, beliau mengingatkan rakyat Sarawak agar bersatu padu dan menjaga kestabilan kerajaan.

“Mereka (merujuk kepada parti politik di Semenanjung Malaysia) tidak seharusnya menimbulkan ketidakstabilan semasa waktu yang mencabar ini kerana kita masih melawan pandemik Covid19.

Mereka seharusnya membantu rakyat, dan tidak bergaduh untuk jawatan Perdana Menteri,” jelas Abang Johari.

Turut hadir ialah Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Ahli Parlimen Baram, Anyie Ngau, Adun Telang Usan, Dennis Ngau, Timbalan Speaker Sarawak merangkap Adun Mulu, Datuk Gerawat Gala, Pengerusi Sarawak Energy, Datuk Amar Hamed Sepawi dan Naib Presiden Elektrik Luar Bandar, Dr Chen Shiun.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru