Jangan tambah luka di hati keluarga korban Covid-19

KUCHING: Tolong berhenti bercakap yang tidak perlu, dan jangan menambah luka di hati keluarga korban Covid-19.

Itu nasihat Pemanca Daerah Kuching Selatan Rosli Sahari mengenai jiran tiga anak beranak yang meninggal dunia dalam masa 10 hari.

Awal kejadian katanya, mangsa merupakan jirannya malah semua orang kampung mengenali tiga anak beranak itu.

“Waktu si ibu pergi, baharu diketahui bahawa arwah positif Covid-19. Selang beberapa hari anak perempuannya pergi dan semalam, anak lelaki arwah.

“Kami mencari orang yang menziarahi majlis pengkebumian arwah si ibu supaya menjalani pemeriksaan dan saringan.

“Ingat…ini bukan salah keluarga arwah. Mereka tidak tahu si ibu positif kerana arwah memang menghidap penyakit lain,” katanya.

Beberapa penduduk sekitar termasuk beliau sendiri antara orang awam yang hadir bagi menjalani sembahyang jenazah di rumah mangsa.

Menurutnya, keputusan ujian saringan mengatakan mayat mangsa disahkan positif wabak Covid-19 bagaimanapun diketahui setelah kerja-kerja pengurusan jenayah sehingga mayatnya dikebumikan selesai.

“Ketika hadir ke rumahnya pada malam berkenaan, hampir sekitar 20 orang awam bertandang ke lokasi bagi menjalankan ibadah sembahyang jenazah bersama keluarganya

“Allahyarhamah sememangnya sudah lama menghidapi sakit belakang akibat terjatuh sekian lama,” jelasnya ketika Suara Sarawak pemberita hari ini.

Penulis menemuinya dengan mematuhi penjarakan sosial malah berbicara dengan begitu baik sekali.

Dedahnya, keadaan menjadi runcing setelah mangsa disahkan menghidap Covid-19.

“Kami diarahkan untuk membuat rawatan saringan di mana-mana pusat kesihatan berdekatan.

*Lebih menyedihkan dua anak Allahyarmah turut pergi. Ia satu tragedi, tiga anak beranak pergi dalam masa singkat.

Susulan itu, katanya, beberapa anggota keluarga mangsa termasuk beliau sendiri menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

“Saya sedih mendengar macam-macam spekulasi mengenai keluarga arwah.

“Tolong hentikan tohmahan, Keluarga arwah langsung tidak terlibat dengan perhimpinan tabligh Sri Petaling. Hentikan cakap-cakap yang tidak benar,” katanya.

Orang ramai sedarlah akibat wabak ini. Tolong patuhi arahan duduk di rumah, katanya.

Suara Sarawak