ARTIKEL

Anyi Jana ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching, hari ini.

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau waris sah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, ketika ini senapang patah boleh diwariskan daripada ibu bapa kepada anak lelaki atau perempuan, tertakluk kepada pendaftaran semula serta tapisan keselamatan dan kesihatan pemohon.

Menurutnya, isu timbul apabila pemilik senapang patah tidak mempunyai anak atau waris sah untuk mewarisi senjata berkenaan.

“Justeru, kita memohon supaya senapang patah turut dibenarkan diwariskan kepada adik-beradik kandung, sama ada lelaki atau perempuan, selain anak.

“Bagi mengelakkan pertikaian dan perebutan harta pusaka, kerajaan juga dipohon mempertimbangkan semula permit membawa dan menggunakan senapang patah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam aspek pembangunan modal insan, Anyi mencadangkan tapak lama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Rahman Yakub (SEDAYA) yang kini tidak digunakan dibangunkan sebagai pusat kemahiran bagi Kanowit dan kawasan tengah Sarawak.

Pusat itu boleh menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Satu hingga Tahap Tiga bagi memberi peluang kepada belia mendapatkan latihan kemahiran tanpa perlu menanggung kos tinggi untuk belajar di luar kawasan.

Beliau turut memohon supaya tiga sekolah yang sering dilanda banjir, iaitu SK Nanga Jagau, SK Nanga Nirok dan SK Nanga Balingiau, dipindahkan ke tapak lebih sesuai bagi menjamin keselamatan murid serta mengurangkan kos pembaikan berulang.

Pada masa sama, Anyi menghargai usaha kerajaan membaik pulih SK Ulu Bawan yang menelan belanja RM3 juta, SK Nanga Pedai (RM6.25 juta) dan SK Nanga Tada (RM12 juta).

Dalam perkembangan infrastruktur, beliau berkata beberapa projek utama telah siap dan memberi manfaat kepada penduduk Ngemah, termasuk Pangkalan Feri Sedaya bernilai RM7 juta, Jalan Nanga Bat-Nanga Pra (RM108 juta) dan Jalan Simpang Nanga Dap (RM30 juta).

Turut siap ialah projek naik taraf Jalan Ulu Tuah bernilai RM2.364 juta, Jalan Nibong Tada (RM1.814 juta) serta Loji Rawatan Air Nibong Tada (RM12 juta).

Projek berkenaan meningkatkan kemudahan perhubungan penduduk dan membantu mengurangkan masalah tekanan air rendah di kawasan terlibat.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu