ARTIKEL

Dennis Ngau. Foto | UKAS

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Atip, Sungai Apoh, sekali gus mendorong gesaan supaya kemudahan asrama disediakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau berkata, kebanyakan pelajar terbabit daripada komuniti Penan dan memerlukan sokongan penduduk untuk meneruskan persekolahan.

Menurutnya, inisiatif itu mencerminkan komitmen masyarakat setempat memastikan sekolah berkenaan terus beroperasi serta mengelakkan jumlah murid terus berkurangan.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya keperluan pembinaan asrama dinilai bersama pihak berkuasa pendidikan, termasuk kemudahan tempat tinggal, makanan, penyeliaan, sanitasi dan kebajikan pelajar.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dennis turut menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan peluasan program bas sekolah percuma kepada pelajar luar bandar daripada pelbagai komuniti yang menghadapi kesukaran mendapatkan pengangkutan ke sekolah.

Program seumpama itu yang telah membantu pelajar Penan di kawasan pedalaman wajar diperluas kepada pelajar etnik lain yang turut berdepan masalah sama.

Beliau berkata, penyediaan pengangkutan perlu disesuaikan dengan keadaan setempat, termasuk penggunaan kenderaan yang sesuai dan selamat untuk laluan di kawasan pedalaman.

Menurutnya, pelaksanaan program itu juga perlu mengambil kira keadaan geografi, jarak perjalanan dan aspek keselamatan bagi memastikan bantuan dapat dimanfaatkan oleh pelajar yang memerlukan.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu

BERITA TERBARU