ARTIKEL

Solat lima waktu dan solat Jumaat di masjid, surau dibenarkan di Sarawak mulai 9 Jun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Solat lima waktu dan Solat Jumaat dibenarkan di Sarawak mulai 9 Jun ini, kata Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

Menurutnya syarat bagi kehadiran jemaah yang ditetapkan bagi Masjid Negeri ialah 100 orang untuk solat Jumaat dan 40 orang bagi solat lima waktu.

Bagi masjid bahagian, daerah dan daerah kecil ialah 50 orang bagi solat Jumaat dan 40 orang bagi solat lima waktu.

Masjid Kariah pula ialah 40 orang (solat Jumaat) dan 40 orang (solat lima waktu), surau berjumaat 40 orang (solat Jumaat) dan 20 orang (solat lima waktu).

Manakala Masjid Kariah tanpa Jumaat dan surau ialah 20 orang bagi solat lima waktu.

Beliau menambah syarat seterusnya ialah mematuhi garis panduan pengimarahan masjid/ surau semasa dan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh Sarawak yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak.

“Majlis Islam Sarawak berharap agar muslimin dan muslimat seluruh negeri
mematuhi garis panduan yang ditetapkan demi memastikan penularan
wabak Covid-19 berakhir dan kita semua dapat kembali kepada kehidupan
yang normal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan garis panduan pengimarahan masjid/ surau semasa dan selepas PKPP di seluruh Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, Misnu juga meryeru agar semua terus bersabar dan terus beristiqomah memelihara solat lima waktu, taat kepada perintah Allah SWT, meninggalkan dosa dan maksiat, memperbanyakkan istighfar memohon
keampunan Allah SWT, berdoa dan bertawakkal kepada-Nya.

BERITA LAIN

Seni Warisan Gambus Lebo

Sesebuah bangsa dikenali melalui budaya, adat dan seni yang diwarisi turun-temurun, kerana elemen itulah yang membentuk identiti serta membezakannya daripada bangsa lain. Apabila warisan itu

BERITA TERBARU