ARTIKEL

Usaha pelekat percuma bantu Penjarakan Sosial tangani Covid-19 di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Tindakan pantas pengusaha kedai cetak Millennium Creative Solutions memberikan pelekat lantai percuma kepada pelbagai agensi, syarikat dan pekedai perlu dicontohi dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 kini.

Pemiliknya Norazryn Abdul Rahman ketika dihubungi Suara Sarawak memberitahu, dia melakukan inisiatif tersebut setelah mendapat inspirasi dari langkah yang diambil oleh pekedai dari luar negara.

“Menyedari akan pentingnya penjarakan sosial kini, dan setelah melihat langkah pelekat tersebut dapat membantu, kita usaha terus mencetak pelekat ini.

“Bagi rekaan untuk pelekat lantai ini juga kita peroleh dari atas talian, sebab kita kena bertindak pantas, tidak dapat menunggu lagi, cepat kita bertindak maka kuranglah penularan wabak ini,” katanya.

Sehingga hari tengah ini, selepas diumumkan pelekat percuma tersebut di Facebook semalam banyak agensi dan pasaraya mahupun individu menerima baik dan menyambut positif usaha tersebut dengan menghubunginya.

“Kita hari ini banyak menerima tempahan dari pelbagai agensi terutama pihak bank, pasar raya, dan kedai makan sekitar Mukah.

“Ini juga termasuk pihak hospital yang kini berperanan penting juga telah memohon pelekat ini sebanyak 100 keping untuk kegunaan mereka,” ujarnya.

Norazryn berharap melalui pelekat percuma yang dicetaknya tersebut orang ramai akan menitikberatkan penjarakan sosial, tidak bersentuhan dengan orang lain dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Dia juga berharap ramai pihak terutama pengusaha kedai cetak dapat mengambil langkah sama membantu kerajaan dan masyarakat membendung penularan wabak Covid-19 ini.

“Melalui pelekat sebegini yang kita lekat sejauh 1 meter setiap satu dengan warna terang, masyarakat dapat berdiri jauh dari orang lain apatah lagi bersentuhan dengan orang lain,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.