ARTIKEL

Dua sindiket judi dalam talian tumpas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua sindiket judi dalam talian melibatkan dua pusat panggilan di sini tumpas dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa pada Rabu.

Menerusi serbuan tersebut, sembilan suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut melibatkan warga asing dan tempatan.

Ketua Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong berkata, pihaknya telah melakukan serbuah sekitar jam 9 pagi, di dua lokasi berbeza yang dipercayai menjalankan pusat panggilan untuk aktiviti judi dalam talian.

“Hasil serbuan pertama dibuat ke atas sebuah rumah jenis teres dua tingkat di Stampin Baru dan telah berjaya menahan tiga perempuan warga asing berumur 21 hingga 26 tahun.

Tiga unit komputer serta tujuh telefon pintar dirampas,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dedahnya lagi, serbuan kedua pula dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Sarip Masahor dan berjaya menahan tiga lelaki dan dua perempuan warga asing serta seorang lelaki tempatan, semua berumur 20 hingga 36 tahun.

“Dalam serbuan kedua, turut dirampas empat unit komputer serta empat unit telefon pintar.

“Kedua-dua kes diklasifikasi di bawah Seksyen 4 (1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 13 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” tambahnya lagi.

Ujarnya, sindiket tersebut dipercayai telah menjalankan aktiviti tersebut selama enam bulan dan mengaut keuntungan mencecah RM8,000 hingga RM10000 sehari.

“Kesemua yang ditangkap akan direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi