ARTIKEL

Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi tadi.

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu berlaku kira-kira 6.40 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan wanita tempatan sedang dalam perjalanan dari Bintulu menuju ke Miri ketika kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori, lelaki warga asing berusia 46 tahun, tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizul Ab. Rahim, menerusi talian 014-8582582 atau 085-430479, atau tampil ke balai polis berhampiran.

Mohd Farhan turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kemalangan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU