ARTIKEL

Sekali cuba pasti nak lagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: “Sekali cuba pasti nak lagi”. Itulah penangan apam balik rangup milik Zuldarwis Abu Bakar, 37.

Tidak hairanlah jika gerai Apam Balik KZ di Taman Impian Kafe, Susur Jambu, tidak putusputus dikunjungi pelanggan dan Zuldarwis pula tidak menang tangan menyiapkannya.

Berasal dari Kampung Tian Matu, Zuldarwis menceritakan, dia mula berniaga apam balik sejak Januari lalu kerana ingin menambah sumber pendapatan keluarga.

Menurutnya, dia membuka gerainya setiap hari dan mula berniaga pada jam 4.30 petang hingga malam.

“Sebenarnya saya baru berniaga di tapak ini dan bersyukur sambutannya sangat menggalakkan.

Sebelum ini, saya bergerak bebas di mana-mana tempat, termasuk berhampiran pusat membeli belah.

“Namun saya kini memilih Taman Impian Kafe sebagai lokasi tetap kerana strategik dan mudah dikunjungi pelanggan.

“Namun, pada hujung minggu saya berniaga di Pasar Sentral dan Pasar Malam Tamu Nyelong,” katanya kepada Suara Sarawak.

Zuldarwis memberitahu, apam balik rangupnya itu dijual dengan harga 80 sen sekeping dan RM2 tiga keping.

Pada hari biasa katanya, dia memerlukan sekurang-kurangnya empat kilogram (kg) tepung namun jumlah itu meningkat dua kali ganda setiap hujung minggu.

“Saya amat mementingkan kepuasan pelanggan, justeru akan sentiasa memastikan bahan yang digunakan masih baharu dan segar.

“Pada masa yang sama, bahan-bahan seperti kacang dan tepung mesti berkualiti.

Kebiasaannya saya mencubanya dahulu, kalau rasa sedap barulah saya menjualnya,” katanya.

Mengulas lanjut penglibatannya dalam perniagaan itu, bapa kepada tiga cahaya mata ini mengakui bukan mahir membuat apam balik dan hanya mempelajarinya melalui Youtube.

Bagaimanapun katanya, dia mengambil masa sekitar tiga bulan untuk membiasakan diri sebelum membuka perniagaan.

“Saya langsung tidak ada pengalaman dalam bidang ini (membuat apam balik) tetapi semua itu saya belajar sendiri.

Alhamdulillah, percubaan itu menjadi dan saya bersyukur pelanggan menerimanya dengan baik,” kata Zuldarwis yang kini memerlukan seorang kakitangan tambahan untuk membantunya.

Sementara itu, pelanggan, Suhaimi Hamid, 45, berkata, dia kerap membeli apam balik berkenaan dan mengakui keenakan kuih tradisi itu.

“Rasanya sedap, rangup dan garing. Anak-anak saya juga amat menggemarinya.

“Oleh itu, jika ada kelapangan saya pasti akan membelinya untuk dibawa pulang,” ujarnya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan