ARTIKEL

Datuk Seri Dr Stephen menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

1.1 juta pokok induk disahkan di bawah SPBT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 1.1 juta pokok induk telah disahkan memenuhi piawaian yang ditetapkan di bawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) sehingga suku kedua 2026, dalam usaha memastikan bekalan bahan tanaman berkualiti bagi memperkukuh sektor pertanian Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, seramai 79 peserta turut berdaftar di bawah skim berkenaan dalam tempoh yang sama.

“Pengenalan logo pensijilan SPBT akan meningkatkan keyakinan pengguna, selain memudahkan mereka mengenal pasti bahan tanaman yang telah mendapat pengesahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Stephen Rundi berkata, Jabatan Pertanian Sarawak sedang membangunkan mekanisme Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP) dengan pelaksanaan penuh pensijilan benih padi yang sah disasarkan menjelang Disember 2027.

Katanya, usaha itu sebahagian daripada inisiatif kementerian untuk memperkukuh jaminan kualiti pertanian menerusi Amalan Pertanian Baik (GAP), termasuk skim pensijilan myGAP dan myOrganic.

“Setakat ini, sebanyak 190 ladang mempunyai pensijilan aktif di bawah myGAP dan myOrganic manakala tujuh program kesedaran yang dilaksanakan sepanjang 2026 telah melibatkan 235 petani, pengeluar dan peruncit,” jelasnya.

Bagi sektor lada pula, beliau berkata, sebanyak 19 permohonan pensijilan myGAP yang dikemukakan melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) sedang diproses oleh Jabatan Pertanian Sarawak.

Katanya, di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), MPB turut menyasarkan pensijilan myGAP bagi kawasan tanaman lada seluas 32 hektar untuk memperkukuh pematuhan terhadap piawaian pertanian yang diiktiraf.

BERITA LAIN

PPNS diminta laksana pemutihan perkukuh peranan peladang

KUCHING: Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) diminta melaksanakan proses pemutihan sebagai sebahagian usaha memperkukuh peranan organisasi peladang dalam pembangunan sektor pertanian negeri. Menteri Industri Makanan,

Sara-Bif keluar 20,000 tin daging lembu sebulan

KUCHING: Jenama daging bernilai tambah buatan tempatan, Sara-Bif, kini mengeluarkan 20,000 tin daging lembu sebulan dengan nilai RM360,000. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah

BERITA TERBARU