ARTIKEL

KESAN KEBAKARAN… Kawasan hutan di Hutan Simpan Samunsam, Lundu yang terjejas akibat kebakaran.

1.9 hektar Hutan Simpan Samunsam masih terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hanya 0.1 hektar daripada kira-kira dua hektar kawasan yang terbakar di Hutan Simpan Samunsam, Lundu berjaya dipadamkan setakat operasi hari kedua, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kira-kira 1.9 hektar kawasan masih terbakar, dengan usaha pemadaman berdepan beberapa kekangan di lokasi kejadian.

LOKASI KEBAKARAN… Peta menunjukkan kawasan kebakaran dianggarkan seluas dua hektar di Hutan Simpan Samunsam.

“Antara cabaran utama ialah keadaan muka bumi berbukit, ketiadaan sumber air berhampiran serta laluan kira-kira satu kilometer dari jalan utama ke kawasan kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

PGO berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu bergerak ke lokasi pada jam 8.20 pagi tadi.

Setibanya di lokasi, taklimat operasi diberikan sebelum tujuh anggota bomba bersama enam anggota Sarawak Forestry Corporation (SFC) memasuki kawasan kebakaran yang terletak kira-kira 400 meter dari pangkalan operasi.

“Kebakaran didapati berlaku secara bertompok-tompok, menyebabkan anggota menggunakan pemukul api (fire beater) untuk memadamkan tompokan api secara manual.

Dalam operasi berkenaan, anggota bomba turut menjalankan pemantauan bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan lain.

Operasi turut membabitkan sembilan anggota SFC dan tiga anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS), selain pemantauan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Operasi pemadaman ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan disambung semula esok bagi meneruskan usaha memadam baki kawasan yang masih terbakar,” katanya.

Kebakaran itu memasuki hari kedua selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 2.40 petang semalam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU