ARTIKEL

Aidil ketika perlawanan menentang DPMM FC, semalam.

10 Pemain, KCFC Tetap Menyerang – Aidil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching City FC tetap berpegang kepada corak permainan menyerang meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain ketika tewas 2-3 kepada DPMM FC dalam saingan Liga Super 2026 2027 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei, malam tadi.

Ketua Jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak berkata, kehilangan kapten pasukan Petrus Shitembi akibat kad merah tidak mematahkan semangat The Cats untuk terus memburu jaringan, walaupun insiden itu mengubah momentum perlawanan selepas pasukannya mendahului 2-1.

AMARAN AWAL…Pemain tengah KCFC, Petrus (belakang) ketika terlibat dalam terjahan keras di udara yang menyebabkannya dilayangkan kad kuning pertama.

“Walaupun bermain dengan 10 pemain, kita tetap menunjukkan semangat positif dan terus menyerang. 

Kita tidak memilih untuk bertahan sepenuhnya atau sekadar merapatkan barisan di belakang.

“Kita kekal dengan corak permainan menyerang seperti biasa, namun kredit harus diberikan kepada DPMM 
kerana berjaya mengekang serangan kita dan bertahan dengan baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Aidil mengakui Kuching City tidak memulakan aksi dengan baik apabila dibolosi awal, namun berjaya bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan sepakan percuma Dylan Wenzel-Halls sebelum rehat dan memperoleh gol kedua pada awal separuh masa kedua.

Bagaimanapun, kelebihan itu tidak bertahan apabila DPMM memanfaatkan situasi selepas kad merah untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma sebelum menjaringkan gol kemenangan beberapa minit 
kemudian.

“Selepas insiden kad merah, semuanya berlaku dengan pantas. Mereka menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dan beberapa minit kemudian, ketika kita belum sempat menyusun semula permainan, mereka memperoleh satu lagi jaringan,” katanya.

Menurut Aidil, pertemuan dengan wakil Brunei itu sememangnya sering berlangsung sengit, namun beliau tetap mengambil perkara positif daripada kesungguhan pemain yang terus memberikan tentangan sehingga wisel 
penamat.

MALAM CEMERLANG…Wenzel menjaringkan dua gol menentang DPMM FC.

Dalam perkembangan sama, Aidil turut mempertahankan keputusannya menggantikan Safawi Rasid selepas pemain itu hanya berada di padang kira-kira dua minit, sambil menegaskan pertukaran berkenaan dibuat berdasarkan perancangan pasukan.

“Kita mempunyai 30 pemain dan semuanya memerlukan peluang bermain serta masa berehat. 

Bola sepak ini ibarat maraton, bukannya perjalanan singkat,” tegasnya.

Aidil berkata, pengurusan minit permainan menjadi semakin penting ketika The Cats mengharungi jadual padat membabitkan lima kejohanan sepanjang musim ini, sekali gus memerlukan keseimbangan antara prestasi dan 
tahap kecergasan pemain.

Kekalahan tersebut hadir hanya tiga hari selepas Kuching City terikat 1 1 dengan Kitchee SC dalam aksi Kumpulan H Liga Juara Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha Ariffin, Khamis lalu.

Dengan tempoh pemulihan yang singkat, barisan kejurulatihan perlu memastikan pemain kekal cergas dan bersedia menghadapi perlawanan seterusnya tanpa menjejaskan kemampuan pasukan untuk bersaing.

Biarpun gagal membawa pulang mata dari Brunei, Aidil tetap menghargai keberanian anak buahnya yang tidak mengubah pendekatan permainan meskipun berdepan kekurangan seorang pemain.

BERITA LAIN

Aaron-Wooi Yik Naib Juara Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan gelaran berganda buat Malaysia di Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila tunduk kepada gandingan

Rifdean mohon maaf, akui gagal kawal emosi

KUCHING: Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Rifdean Masdor memohon maaf secara terbuka selepas mengakui gagal mengawal emosi ketika mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi persiapannya menentang juara

BERITA TERBARU

Aaron-Wooi Yik Naib Juara Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan gelaran berganda buat Malaysia di Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila tunduk kepada gandingan