ARTIKEL

Muhammad Rifdean Masdor

Rifdean mohon maaf, akui gagal kawal emosi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Rifdean Masdor memohon maaf secara terbuka selepas mengakui gagal mengawal emosi ketika mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi persiapannya menentang juara dunia, Nadaka Yoshinari di Jepun.

Atlet kelahiran Sarawak dikenali sebagai The Magic Boy itu berkata, kenyataan terdahulunya dibuat ketika berdepan tekanan emosi susulan kritikan terhadap tahap profesionalismenya selepas bertanding dalam ONE Championship tanpa pasukan sokongan lengkap.

Menerusi kenyataan terbaharu hari ini, Rifdean mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya dan berjanji memperbaiki kelemahan diri bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tekanan emosi tidak boleh dijadikan alasan untuk membenarkan tindakannya.

“Sebagai atlet profesional, saya seharusnya menunjukkan kematangan, disiplin dan sikap bertanggungjawab, bukan sahaja di dalam gelanggang tetapi juga di luar gelanggang,” katanya.

Rifdean turut memohon maaf sekiranya kenyataan terdahulu menyinggung perasaan, menimbulkan salah faham atau mengecewakan pihak yang selama ini menyokong kerjaya sukan beliau.

Permohonan maaf itu menyusul selepas beliau sebelum ini menjelaskan ketiadaan jurulatih dan pasukan sokongan ketika menentang Nadaka di Tokyo, Jepun.

Dalam penjelasan terdahulu, Rifdean berkata, beliau menjalani persiapan intensif, namun beberapa kekangan teknikal dan urusan pasukan menyebabkan individu yang dirancang untuk mengiringinya tidak dapat berbuat demikian.

Kontroversi itu tercetus selepas Ketua Pegawai Eksekutif ONE Championship, Chatri Sityodtong mengkritik persiapan Rifdean yang disifatkannya tidak profesional.

Chatri turut menolak permintaan Rifdean untuk mendapatkan pertarungan semula bagi merebut gelaran dunia dalam masa terdekat selepas atlet negara itu tewas kepada Nadaka menerusi kalah mati teknikal (TKO) pada pusingan kedua.

Rifdean berkata, beliau mahu menjadikan pengalaman itu sebagai pengajaran penting dalam kehidupan dan kerjayanya.

Beliau berharap diberikan ruang untuk memperbaiki kelemahan dan membuktikan komitmennya sebagai atlet yang lebih matang, berdisiplin serta profesional.

Dalam pertarungan di Ariake Arena, Tokyo pada Sabtu, Rifdean tewas menerusi TKO selepas terkena tendangan di kepala pada saat ke-58 pusingan kedua.

Kemenangan itu membolehkan Nadaka mempertahankan kejuaraan Dunia Muay Thai ONE kategori atomweight buat kali kedua, selain menerima bonus persembahan AS$100,000.

BERITA LAIN

634 peserta meriahkan Balingian Fun Walk 202

BINTULU: Seramai 634 peserta menyertai Balingian Fun Walk 2026 sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat Daerah Kecil Balingian di Tapak Bederun, hari ini, sekali gus

PRS perkukuh jentera hadapi PRN-13

BINTULU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) perlu memperkukuh jentera parti dan meningkatkan gerak kerja di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

BERITA TERBARU

634 peserta meriahkan Balingian Fun Walk 202

BINTULU: Seramai 634 peserta menyertai Balingian Fun Walk 2026 sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat Daerah Kecil Balingian di Tapak Bederun, hari ini, sekali gus

PRS perkukuh jentera hadapi PRN-13

BINTULU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) perlu memperkukuh jentera parti dan meningkatkan gerak kerja di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.