ARTIKEL

BINCANG...Michael Kong Feng Nian (tengah) bercakap pada mesyuarat khas Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak.

100 bas setuju dipasang GPS, ETM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira 100 buah bas pengangkutan awam di seluruh Sarawak akan dinaik taraf dengan pemasangan Sistem Kedudukan Global (GPS) dan Mesin Tiket Elektronik (ETM).

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Michael Kong Feng Nian berkata, jumlah tersebut dikenal pasti hasil pertemuan beliau bersama pengendali bas henti-henti di Kuching, Sibu dan Miri sejak Isnin lalu.

“Sejak Isnin lalu, saya telah bertemu dengan pengendali bas henti-henti di sekitar Kuching, Sibu dan Miri untuk menerangkan inisiatif serta mendapatkan komitmen mereka.

“Kami berbesar hati mengumumkan bahawa lebih 100 buah bas telah bersetuju untuk menyertai, dan kami menjangkakan industri bas henti-henti di Sarawak akan menjadi lebih moden dan efisien setelah pemasangan GPS dan ETM siap sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, LPKP Sarawak akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan pemasangan sistem tersebut yang dianggarkan mencecah RM800 sebulan untuk setiap bas.

Jelas beliau, perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya menerusi Dana Subsidi Bas Henti-Henti Bersepadu (ISBSF) bagi memastikan pengendali bas dapat menaik taraf kenderaan mereka tanpa menanggung sebarang kos tambahan.

Tegasnya, LPKP Sarawak telah melaksanakan satu dasar baharu iaitu mewajibkan semua bas henti-henti dipasang dengan peranti GPS dan ETM yang berkuat kuasa pada 1 November 2025.

Untuk rekod, LPKP Sarawak menyalurkan subsidi kepada pengendali bas henti-henti melalui ISBSF dengan peruntukan sebanyak RM5 juta setiap tahun.

Inisiatif itu dilaporkan bagi membantu menampung kos operasi seperti sewa, gaji pekerja, penyelenggaraan kenderaan dan perbelanjaan penting lain.

BERITA LAIN

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

BERITA TERBARU