ARTIKEL

Foto: Ghazali Bujang

100 guru Sarawak terima latihan penerapan penggunaan AI di Unimas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sekitar 100 guru Sarawak bakal menerima latihan penerapan penggunaan Teknologi Kecerdasan (AI) di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada tahun hadapan.

Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, latihan itu melibatkan guru sekitar Kuching, Kota Samarahan, dan Padawan.

“Kerjasama dengan universiti tersebut lebih mengukuhkan penerapan penggunaan Teknologi AI dengan memberi latihan kepada guru-guru di Sarawak secara mendalam.

“Penerapan teknologi AI dalam pendidikan di sekolah masih awal, namun terdapat guru yang mula menggunakan teknologi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Suara Sarawak di pejabatnya di Jabatan Pendidikan Negeri, hari ini.

Ketika ditanya berkaitan latihan untuk guru di pedalaman, Dr Azhar memberitahu setakat ini latihan itu diberikan kepada guru-guru di kawasan berkenaan.

“Insya-Allah, sekiranya projek ini berjaya kelak, kita memperluas latihan untuk para guru ke kawasan lain,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika menjawab pandangan pembukaan pusat latihan aeroangkasa, beliau menyifatkan perlu ada kesedaran dalam perubahan pendidikan yang berlaku terutama dalam dunia digital.

Jelasnya, bidang sains aeroangkasa perlu difahami dengan mendalam supaya pelajar dan warga pendidik dapat menguasai teknologi tersebut.

“Kita tidak mahu menjadi pengguna sahaja, tetapi pada masa akan datang, kita mampu mencipta sesuatu berkaitan teknologi,” ujarnya.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU