KUCHING: Lebih 100 kakitangan Sarawak Energy Berhad (SEB) menanam lebih 500 pokok pelbagai spesies di Kampus Sarawak Skills, Tabuan Jaya, hari ini.
Acara tersebut diketuai oleh Pengurus Besar Pengurusan Aset SEB, Ir Dr Tan Joo Kok.

Program penanaman pokok ini merupakan hasil kerjasama antara SEB dan Sarawak Skills (Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak).
Dalam hantaran di laman Facebook rasmi, SEB menyatakan komitmen berterusan terhadap pemuliharaan alam sekitar dan pemulihan habitat.

SEB kini semakin hampir mencapai sasaran untuk menanam dan melindungi 500,000 pokok menjelang tahun 2030 melalui Kempen Penanaman Pokok, Perlindungan dan Pemulihan Habitat 2021–2030.
Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri, dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat SEB, Elaine Tan, turut hadir dalam program berkenaan.


