ARTIKEL

KENANGAN... Jumaat Ibrahim (kiri sekali) bergambar bersama-sama yang lain.

100 wanita sertai Seminar Pertahanan Diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 100 orang wanita daripada pelbagai peringkat umur menyertai Seminar Pemerkasaan Pertahanan Diri Wanita yang diadakan di Tebingan Sungai Kuching, baru-baru ini.

Seminar percuma sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) itu diadakan bagi memeriahkan suasana Kejohanan Muaythai Piala TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Edisi Ke-10 2026 dan Piala Borneo 2026.

Ia berjaya menghimpunkan peserta seawal usia 10 tahun hingga 55 tahun, membuktikan kesedaran berkaitan isu keselamatan diri dan gangguan seksual semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.

SELESAI… Sebahagian peserta terlibat.

Dua jaguh sukan tempur dari Sarawak, Amisha dan Jihin Radzuan diberi penghormatan mengendalikan seminar tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan gangguan seksual selain memberi pendedahan asas teknik pertahanan diri.

Peserta diajar kaedah praktikal untuk melepaskan diri sekiranya berdepan situasi berisiko.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim menyifatkan seminar tersebut penting untuk golongan wanita bagi melengkapkan diri mereka dengan kemahiran asas mempertahankan diri.

Justeru katanya, PMNS menyambut baik saranan agar seminar sama diteruskan dengan lebih kerap dan diperluas ke seluruh negeri pada masa akan datang.

Selain seminar, pengisian program sempena hari terakhir kejohanan itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kesihatan, antaranya senamrobik komuniti, saringan kesihatan demonstrasi Tai Chin, Jualan Rahmah Madani dan banyak lagi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU