ARTIKEL

Jadikan kejatuhan BN sebagai pengajaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemimpin Sarawak diingat untuk ‘berubah’ dan menjadikan kejatuhan BN sebagai pengajaran.

Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) merangkap Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS Dato Sri Tiong King Sing memberitahu, kerajaan GPS patut mengamalkan kepimpinan terbuka dengan mendengar sumber yang boleh dipercayai.

“Sifat angkuh, sombong dan tidak turun ke akar umbi merupakan sikap lama yang jelas dilihat hari ini yang ada pada pemimpin yang diberikan kepercayaan oleh rakyat.

“Jangan fikir kita tak boleh jatuh. Sebuah kerajaan yang kukuh dan memerintah selama hampir 600 tahun iaitu Empayar Othmaniah jatuh sekelip mata gara-gara tidak menangani isu dalaman dengan berkesan.

“Kerajaan BN yang memerintah enam dekad juga jatuh sekelip mata hanya kerana kelemahan dan lalai mentadbir negara, dan menyelesaikan semua permasalahan rakyat,” katanya pada Konvensyen GPS 2019 di BCCK, hari ini.

Jelasnya, pemimpim GPS perlu mendengar suara rakyat akar umbi dan pergi ke akar umbi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU