ARTIKEL

Jambatan Tok Nan lakar sejarah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Seamless Long Lama Baram melakar sejarah pembangunan apabila jambatan dinamakan sebagai Jambatan Tok Nan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Kerajaan Sarawak bersetuju Jambatan Long Lama ditukar sempena nama mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem atas permintaan penduduk Baram.

Salah satu signifikan adalah untuk memperingati jasa Tok Nan yang meluluskan pembinaan projek itu di samping memenuhi permintaan penduduk Baram yang memberikan cadangan nama jambatan tersebut.

Malah ia juga menjadi lambang peringatan rakyat kepada jasa dan pergorbanan Tok Nan terutamanya untuk pembangunan luar bandar. Selama Ton Nan hidup dan menjadi pemimpin tertinggi negeri ini, pembangunan luar bandar menjadi kerangka utama pentadbirannya.

Malah pembinaan jambatan-jambatan selain penghapusan tol di Sarawak juga adalah lambang kepada keprihatinan beliau terhadap pengangkutan luar bandar sekali gus melancarkan proses ekonomi dengan ada kemudahan yang terurus.

Justeru sehingga kini Kerajaan Sarawak bukan sahaja fokus kepada pembangunan prasarana, tumpuan bukan saja diberikan kepada prasarana asas seperti bekalan elektrik, bekalan air dan jalan perhubungan.

Malah luar bandar juga dilengkapi akses internet jalur lebar berkelajuan tinggi supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti penduduk luar bandar termasuk untuk urusan peribadi seperti perbankan internet dan pembelian dalam talian.

Pada masa yang sama, kegiatan ekonomi luar bandar seperti pertanian, perladangan dan perikanan perlu diperkasa melalui peningkatan produktiviti, penggunaan teknologi moden dan pembabitan dalam industri hiliran.

Ekonomi penduduk luar bandar perlu dipelbagaikan termasuk melalui kegiatan keusahawanan dan pelancongan desa yang mampan bagi memberi pilihan pekerjaan terutama bagi golongan belia dan seterusnya kekal tinggal di luar bandar.

Untuk keusahawanan pula, penekanan akan diberikan kepada pembabitan usahawan luar bandar dalam pentas perniagaan dalam talian serta berasaskan teknologi dan inovasi.

Program ini bertujuan menggalakkan pembangunan ekonomi dan modal insan yang khusus di sesebuah kampung melalui kerjasama dengan syarikat swasta.

Mengambil kira kepentingan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak luar bandar, bilangan tabika dan taska Kemas perlu ditambah termasuk prasekolah perpaduan.

Jika taraf pendidikan luar bandar dipertingkat, nescaya pembangunan luar bandar akan dapat dipacu dengan jayanya. Perkara pertama yang harus dilakukan jika mahu luar bandar maju adalah dengan mempertingkatkan fasa pendidikan selain persekitaran sekolah yang kondusif.

Justeru, semoga dengan kelancaran kerjasama Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan, nasib dan masa depan pendidikan negeri ini tidak lagi terabai kerana tanpa pendidikan sesebuah negara itu akan hilang daripada peta kemajuan.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road